Corak anyama tikar
Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam membentukkan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jika dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan...
Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu :
1. Corak Tapak Catur - Selalu dianyam dalam atau tiga warna dan hasil daripada cantuman itu akan terjadi warna cerah dan gelap.
2. Corak mata bilis - corak ini mengguna warna terang dan gela. Warna gelap dianyam satumata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini akan timbul seakan-akan beras patah.
3. Corak beras patah - menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini menberi gambaran seakan-akan beras patah.
4. Corak palembang - berasal dari Palembag. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.
5. corak bugis - berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. petak-petaknya lebih kecil daro corak Muar serta diaanyam dalam bentuk berdiri dan serong.
6. corak Muar - berasal dari Muar dan bermotif empat segi. anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru.
7. corak selang-seli - penggunaan warna gelap dan cerah. kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.
8. corak berdiri - kurang mendapat sambutan dari pengusaha. penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.
9. corak serong - corak yang mudah. bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.
10. corak ketapang gilir kacang - seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. dianyam dengan warna iaitu cerah dan gelap.
11. corak malaysia - corak selang-seli, dikelingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru.
No comments:
Post a Comment