Monday, 10 April 2017


Proses Penyediaan daun Mengkuang


Pokok Mengkuang Air

Seni anyaman tikar dari mengkuang adalah seni yang diturun dari orang-orang tua dahulu, dan diwarisi oleh setiap keturunan sehingga sekarang. pokok mengkuang terdiri dari beberapa jenis seperti mengkuang pandan, mengkuang air, mengkuang kerling dan mengkuang laut serta rubai. mengkuang ditanam disekitar tebing dan hujung hilir pulau. 

Tak banyak beza bagi proses penyediaan asas untuk menyiapkan daun-daun mengkuang dari memotong di pokoknya hinggalah merendam, melurut dan mewarnakan daun-daun.

Proses penyediaan daun mengkuang biasa atau pun mengkuang pandan:

1. Memilih Daun - Kerat pada waktu pagi atau petang untuk mengelakan daun mengkuang akan layu, daun yang berusia 2 tahun atau lebih dipotong dan dikerat sama panjang mengikut sukatan yang diperlukan serta disusun mengikut rangkap sepertimana kelihatan..



2. Melayur - Daun mengkuang dilayur atas bara api sehingga warna daum kekuninggan supaya lembut dan tahan lama serta tak mudah patah dan juga memudahkan proses melurut daun mengkuang setelah kerja-kerja melayur selesai.



3. Mengjangka- Daun yang telah dilayur hendaklah dibuang duri empulor ditengah, manakala duri dikiri dan kana juga hendaklah dibuang.



Alat jangka


4. Merendam- Dengan menggunakan belantan dedaun mengkuang ini setelah diikat-ikat dan diketuk dan dipukul dari pangkal hingga kehujung helaian daun, bertujuan untuk melembutkan dedaun helaian meb=ngkuang setelah menjalani proses rendaman. setelah selesai kerja-kerja itu daun mengkuang yang telah siap diikat dan direndam 3 hari 3 malam dengan air. air perlu ditukar 2 kali sehari untuk mengelak bau masam. proses rendaman ini bertujuan untuk melunturkan warna hijau menjadi putih pada daun apabila ianya menjalani proses pengeringan daun setelah dijangka. proses rendaman daun mengkuang juga boleh dijalankan didalam air sungai dan di tali air bendang atau anak-anak sungai yang boleh meghapuskan dan menggelamkan paras daun mengkuang bila direndam. kebiasaannya rendaman daun mengkuang dibuat didalam tempayan yang diisi dengan air serta ditukar pada hari kedua rendaman.



5. Menjemur - Daun yang telah cukup rendamanya dibuka ikatan dan dijemur secara menghurai antara daun hingga kering. kebiasaanya cuaca panas diperlukan untuk memutihkan daun-daun mengkuang ini. jika ianya tak cukup panas warna tikar akan kekuningan dan tidak bergitu putih, jika ianya tidak diwarnakan dan hanya menganyam secara biasa.


6. Melurut\Larik - Setelah daun-daun dijemur kering, kerja-kerja melurut daun tersebut dijalankan bertujuan untuk meluruskan daun dan bagi elak ianya bergulung-gulung apabila kerja-kerja menganyam dijalankan.



7. Mewarna - Daun mengkuang yang telah dikeringkan bolehlah diwarnakan mengikut kehendak orang yang hendak menganyam. terdapat dua iaitu cara tradisional atau moden. cara tradisional: mengunakan air kunyit bagi warna atau warna kuning, kesumba india untuk warna jingga, buah mengkudu bagi warna biru dan arang untuk warna hitam. tetapi sekarang kaedah ini tidak digunakan lagi. cara moden- dengan mengguna bahan-bahan kimia atau perwarna tambahan sahaja.


 Beberapa jenis-jenis mengkuang

 Mengkuang air 


Mengkuang kerling


Mengkuang pandan

Terdapat satu lagi jenis mengkuang yang tumbuh di air masin dan payau iaitu Mengkuang Rybai, pokonya yang tinggi lagi brdaun lebar. Urat-uratnya kasar serta satu atau dua kali ganda saiz daunnya lebih besar. 

No comments:

Post a Comment